10 Pekerjaan Artis Sebelum Popular



Melihat selebriti di kaca televisyen kadang-kala membuatkan kita berfikir bahawa mudahnya mereka untuk sampai ke tahap tersebut dan cukup bertuah kerana dapat hidup dalam dunia glamour. Namun pernahkah anda terfikir apa pekerjaan MEREKA sebelum bergelar pelakon? Setiap satu menyimpan seribu memori.
1. Johan Ashari (Botak) pernah bekerja sebagai pembancuh simen. 

2. Pelakon filem lelaki popular di Malaysia, Aaron Aziz dulu bekerja sebagai jurujual kereta dan juga insurans. Rezeki tidak pernah terjangka melainkan berusaha.


3. Ning Baizura pernah memberitahu bahawa dia berimpian untuk menjadi cikgu seperti ibunya.

4. Ramai yang suka dengan telatah Nabil yang bersahaja. Dari Despatch kepada Artis komedi, bukan perkara mudah. 

 5. Danny terpaksa tangguh pelajaran dalam bidang kedoktoran kerana terikat dengan komitmen bersama X Factor ketika dulu. Jika tidak, sudah jadi doktor gigi. 


6. Siti Nurhaliza sudah mula menjual kuih ketika berumur 9 tahun? Zaman sekarang 9 tahun adalah masa sesuai untuk main iPad

7. Jika sekarang Remy Ishak masih kerja jual ikan dan ayam di pasar, agak-agak anda pandang pun tidak

8. Hanya gambar Mawi ketika muda kami dapat jumpa. Kurus sungguh


9. Siapa sangka Jep Sepahtu menjadi Pelawak terkenal dan disayangi ramai. Tiga tahun bekerja sebagai pencuci mesin dan  krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah, akhirnya Jep kini tidak boleh buat orang berhenti ketawa.

10. Nora Danish pernah bekerja sebagai pelayan restoran – di kedai kepunyaan ibunya. 

Apa-apa pun, kejayaan barisan selebriti di atas bukanlah datang bergolek. Nampak senang di luar tapi cabaranya hanya mereka saja yang tahu.

0 Response to "10 Pekerjaan Artis Sebelum Popular"

Post a Comment