Penjelasan MMU berhubung GAMBAR Pijak Bangkai Babi
Baru baru ini beberapa keping gambar dan juga video seekor babi hutan tersesat yang memasuki ruang Perpustakaan Digital Siti Hasmah di kampus Universiti Multimedia (MMU) di Cyberjaya menjadi viral dan dikritik.
Lebih lagi apabila seorang lelaki bertindak memijak bangkai babi tersebut.
Justeru, pihak pengurusan MMU telah mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kejadian sebenar yang juga pertama kali berlaku di perpustakaan itu.
Pihak MMU tidak sedikit pun menyentuh haiwan itu sebelum mati kerana prinsip MMU sendiri menentang sebarang bentuk kezaliman terhadap mana-mana haiwan yang tidak sama sekali dibenarkan di daam Universiti terbabit.
Dalam kejadian itu, babi hutan(Sus scrofa) tersebut teah tersesat dan telah memecahkan pintu kaca perpustakaan berkenaan membuatkan pellajar yang berada dalam perpustakaan tersebut panik.
Mereka telah menghubungi Unit Keselamatan MMU, Unit Keselamatan dan Kesihatan (OSHE) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) untuk mengendalikan kes tersebut.
“Kecederaan haiwan itu tidak ada kaitan dengan manusia, sebaliknya disebabkan oleh panel kaca yang pecah apabila ia mrempuh masuk ke dalam perpustakaan itu.
“Semakin lama haiwan itu berada dalam perpustakaan, semakin itulah ia menjadi agresif dan ganas. Langkah menangkapnya perlu diambil bagi memastikan tidak ada yang tercedera, terutama PARA pelajar dan kakitangan MMU. Dalam proses itu, ia mati akibat kecederaan yang dialaminya sebelum itu,” kata pihak universiti.
Pihak MMU mempertahan kan tindakan lelaki tersebut yang meletak kaki di atas haiwan berkenaan kerana untuk mengesahkan haiwan terbabit sudah mati atau belum, bukan bertujuan lain.
“Malangnya, ramai yang salah faham. Kami berharap kenyataan ini dapat menjelaskan apa yang berlaku kepada pihak media dan juga masyarakat. Keselamatan semua pihak yang berada di dalam premis sememangnya menjadi keutamaan kami,” jelas pihak MMU.
0 Response to "Penjelasan MMU berhubung GAMBAR Pijak Bangkai Babi"
Post a Comment