Berat Wanita ini Bertambah dari 57kg kepada 108Kg Kerana Penyakit Misteri?


 

Laura Pell yang berusia 34 tahun mempunyai masalah berat badan daripada 57kg kepada 108kg dalam masa 6 bulan. Apa yang menariknya, wanita yang bekerja sebagai jurumekap ini menjaga kesihatannya dengan pergi ke gym 3 kali seminggu. Malah pola pemakanannya juga teratur.




Namun kini tanpa diketahui penyebabnya, berat Pell terus naik sedikit demi sedikit sampai kini menjadi 108 kg. Dengan berat badan yang naik mendadak ini menyebabkan Pell sukar melakukan aktiviti harian malahan sukar untuk berjalan.



"Saya harus berjuang untuk bergerak. Sekitar 6 bulan terakhir ini hidup saya benar-benar berantakan. Orang-orang mungkin berpikir saya gemuk karena terlalu banyak makan, padahal tidak sama sekali," ujar Pell, seperti dikutip dari berbagai sumber, Jumat (9/1/2015).

Walaupun beberapakali menemui doktor, tiada satu pun yang menemui jawapan bagi masalah Pell. Kenaikan berat badan ini menyebabkan tekanan darahnya semakin tinggi dan denyutan jantung juga menjadi tidak stabil.  Laura juga didiagnosis menghidap meningitis, tuberkulosis, pneumonia dan Clostridium Difficile.



Bukan sekadar mempengaruhi badannya, malah Pell juga kini semakin kurang yakin dengan diri sendiri dan kerap habiskan masa di dalam rumah kerana malu dengan fizikal badannya.






apapun. Laura Pell tidak akan berhenti mencari penawar untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Dengan sokongan teman lelakinya, Mark, Laura Pell berusaha menjalani hidupnya seperti biasa.


0 Response to "Berat Wanita ini Bertambah dari 57kg kepada 108Kg Kerana Penyakit Misteri?"

Post a Comment